Nama saya Mohd Fuad Bin Abdullah @ Hashim berasal daripada Kuala Kangsar, Perak sekarang menetap di Shah Alam Selangor.  Mulai hari ini saya terpaksa memaksa diri untuk mengasah bakat di dalam bidang penulisan dan mula untuk menulis blog. Memang lama sudah tidak menulis atau membuat karangan semejak meninggal zaman persekolahan. Kenapa saya mesti kembali  menulis blog kerana dengan ini saya dapat lebih dekat dengan semua network dan peminat-peminat saya, (macam artis la pula) dan berkongsi segala ilmu, berita, cerita dan apa-apa sahaja yang ingin disampaikan dari hati ke hati kepada anda

Ok saya nak cerita sedikit perjalanan hidup saya sehingga kini telah berusia 31 tahun. Arwah ayah saya dahulu bekerja dengan kerajaan sering bertukar ke lokasi  bekerja. Macam-macam negeri saya telah menetap iaitu di Jerantut semasa kecil kemudian Kuantan sehingga ke darjah 6. Lepas itu di Shah Alam selama 3 tahun dan 2 tahun lagi di Kota Bharu.

Lepas habis SPM saya dapat melanjutkan pelajaran di UiTM selama 3 tahun. Setahun duduk di kampus UiTM Perlis dan lagi 2 tahun di UiTM Shah Alam. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kita saya sambung episod seterusnya esok ye ..  :)

-Mohd Fuad

Create your badge

Incoming search terms:

  • karangan riwayat hidup
  • riwayat hidup saya

Comments

comments